ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH WA BARAKATUH...

Monday, January 2, 2012

Nukilan Persahabatan


Teman...
Aku bukanlah teman yang dapat memimpin dirimu agar menjadi insan yang berkelebihan atas sesuatu, aku hanya teman yang amat biasa pada pandangan mata dan hati..

Teman...
Jika kau b'teman, janganlah kerana kelebihanku, kerana mungkin satu kelemahan kau akan menjauhi diriku..

Teman...
Jika kau b'teman, janganlah kerana keceriaanku, kerana mungkin jika aku xdapat menghibur dan menceriakan dirimu, kau akan menyalahiku..

Teman...
Jika kau b'teman, janganlah kerana ilmu dan kebaikanku, kerana dengan satu keburukan dan kebuntuan kau mungkin akan menfitnahku dan membenci diriku..

Tetapi...
Andai kau dambakan satu nilai persahabatan, maka terimalah diriku seadanya kerana aku hanya sahabat yang biasa-biasa seperti mana dirimu, dan bersahabatlah kerana Allah Fillah...

No comments:

Post a Comment