This all about my opinion thru something that happen in my whole life...nothing special but i sure you'll like if u some of me...=)
ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH WA BARAKATUH...
Saturday, January 7, 2012
Maafkan aku....
Tafsiran manusia terhadap sesuatu perkara sering kali berlainan rupa dan bentuknya, dan kadangkala membawa kepada pergaduhan ataupun salah faham, semua ini berlaku dek kerana sikap sesetengah manusia itu yang tidak dapat menilai kata-kata dan makna yang dilontarkan oleh sesetengah yang lain. Hal ini seringkali berlaku kepada teman2 dan mereka yang berpasangan dan kemungkinan, kita serin tertanya2, mengapa ia berlaku? apakah sebabnya? dan bermacam soalan lagi..
Disini, ingin saya berkongsi jawapan bagi persoalan ini dari sudut pandangan saya..
Soalnya mengapa ini semua terjadi..??
Sebebnarnya, jawapannya ada pada setiap daripada kita, ini kerana kitalah yang menimbulkan kekacauan dalam setiap buah fikiran dan emosi kita. Namun, saya merasakan hal ini terjadi dek kerana sikap manusia yang tidak pandai dalam mengawal emosi dan juga dek kerana sikap terlalu mempercayai seseorang sehingga akhir'y kita sendiri yang termakan jerat.
Seterusnya, apakah penyebab semua kesulitan ini..??
Penyebabnya mungkin kerana kita merasakan kita mampu menghadapi setiap dugaan yang menimpa diri kita tanpa mengharapkan sesiapa pun. Ingatlah teman, sedangkan Rasulullah memerlukan pertolongan daripada para sahabat, inikan kita yang daif lagi hina. oleh itu, sudilah sekiranya saya mencadangkan agar bermaaf2anlah sekira pernah terguris hati dek sikap insan dikalangan kamu walaupun mungkin tiada balasan maaf darinya.
Sesungguhnya, memaafkan insan dikalangan kamu itu adalah satu harga yang tinggi dalam kehidupan, dan sekalipun kamu membenci mereka sehingga lubuk hatimu, maafkanlah jua, kerana itu adalah penawar keresahan hati...
Ini adalah sudut pandangan saya, sekiranya tersalah, harap dimaafkan....wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment