sesaat...seminit...sejam...sehari...seminggu...sebulan...setahun...
masa berlalu meninggalkan aku dalam dilema perasaaan,
dilema yang membuatkan diriku masih bertanya pada sesuatu yang mungkin mampu di selesaikan aku sejak dari dulu..
aku buntu...aku kecewa...aku terdampar...
apa yang harusku lakukan..?
terus-terusan menipu untuk mencari alasan lapok,
atau berterus terang agar dapat aku harunginya dengan perasaan bersalah...
dilema perasaan yang mana aku sendiri wujudkan, taip kini aku buntu dalam menyelesaikannya...
haruskah aku bersikap terbuka dan membiarkan diriku terus memberi harapan yang aku jelmakan tanpa aku sedari..yang mana harapan itu menjadi satu bebanan bukan sahaja pada diriku, tapi [ada sia yang mengharapkan satu perubahan perhubungan..
aku berlagak seolah-olah aku dapat harunginya, namum jauh di lubuk, aku kesakitan..aku berdosa..
mungkin inilah akibat yang harusku hadapi kerana sikapku yang tidak mengenal erti sebenar kasih sayang...cinta...
apakah aku harus berfikir bahawa aku lakukan kerana aku hanya inginkan hubungan sahabat atau secara realistiknya aku gagal terjemahkannya..?
tiadaistilah yang mampu ak katakan kini..hanya mampu berharap dan berdoa pada Yang Esa akan rahmat pertolongan-Nya...
aku buntu dalam dilema perasaan yang aku jelmakan tanpa aku sedari atau mungkin ak sengaja jelmakannya...??
No comments:
Post a Comment