ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH WA BARAKATUH...

Tuesday, March 9, 2010

Mencari Erti Sebenar Cinta...


Mungkin tajuk ini 'simple' bagi sesetengah orang, kerana mereka telah mengalaminya atau mungkin sedang mengalami atau juga mungkin mereka tidak pernah mengalaminya tetapi berusaha untuk mencuba merasai apa yang dikatakan cinta..

Persoalannya..adakah ia benar-benar mencari atau menemui erti sebenar cinta..??

Kita sering kali mendengar berbagai-bagai istilah cinta.. cinta monyet, cinta buta, cinta gila, cinta sejati, dan bermacam-macam istilah yang kita sendiri tidak memahami ertinya.. jadi, apakah sebenarnya cinta..??

Istilah2 cinta ini sebenar, pada pandangan saya tidak pernah wujud, tetapi diwujudkan oleh sesetengah pencinta2 yang secara normalnya telah gagal untuk memahami cinta yang sebenar..
Cinta adalah satu anugerah yang Maha Mencinta berikan kepada hamba2-Nya dan ia merupakan cahaya dalam sanubari setiap insan..

Melalui cinta ini kita mengenal Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W. dan melaluinya juga kita mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa, keluarga dan akhirnya kepada sesama insan..

Firman Allah S.W.T.. "من لا يرحم النس سلا يرحم الله" yang bermaksud.. Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, dia tidak disayangi Allah..

Namun, kita sering lupa hakikat ini dan meletakkan cinta kepada sesama insan mendahului yang lain menyebabkan kita gagal untuk menemui erti cinta sebenar..
Mengapa hal sedemikian berlaku sedangkan kita sedia maklum bahawasanya batas pencintaan kepada sesama insan tidak boleh melebihi cinta kita kepada Allah dan juga Rasulullah S.A.W...

Hakikat inilah yang menjerumuskan kita ke landasan yang tidak betul dan terpesong seterusnya menghalang kita daripada terus menemui cinta sebenar atau cinta sejati...

No comments:

Post a Comment