ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH WA BARAKATUH...

Monday, March 29, 2010

KoMpiUUssS..!!!

Ermm.. pening tol pk sal nk pilih tmpt nk lnjutkan pelajaran nie...
selesai plih tmpt, pening lak nk plih kos pe yang senang t'pilih.. mslh2, skrg.., otak nie dk pk smede nk plih U tmptan or nk p timur tngh...i mean Mesir, Jordan or Maghribi( Morocco ).

Ntahla, ble pk lme2, asenye bek p timur tgh, ilmu pn tggi b'bnding U tmptan..dri segi pnguasaan bhsa pn 'p0wer' gk..hehe. Tapi, ble pk pd pkerjaan, pluang dpt pkrjaan lbih mluas jika kita dr lpsan U tmptan.. Aiii..!! pening2x..

Ape2 pn, keep it up n dont so rolling our head jz b'coz want 2 think bout this..
solat istiqarah bnyk2..insya'Allah.. rhmat & rezeki Allah b'sme kita..Amin..

Monday, March 22, 2010

Alhamdulillah...=)

Alhamdulillah.. Ku panjatkan kesyukuran padaMu Tuhan, limpahan kurniaan-Mu mengizinkan lulus dalam peperiksaan STAM 09..Amin..!!

Namun, haruskah aku berbangga dengan pencapaian ini..?? Adakah aku berjaya kerna usaha ku ataupun aku hanya bernasib baik..?? Apa2 pn aku hanya mampu berserah padaMu..

Sekarang, aku masih lagi terpinga2 untuk memilih institusi pengajian tinggi.. benakku pusing memikirkan institusi mana untukku meneruskan pembelajaranku diperingkat yang lebih tinggi..

Moga petunjuk-Mu menerangi aku dalam memilih pilihan yang tepat..
Amin..!!

Tuesday, March 9, 2010

Mencari Erti Sebenar Cinta...


Mungkin tajuk ini 'simple' bagi sesetengah orang, kerana mereka telah mengalaminya atau mungkin sedang mengalami atau juga mungkin mereka tidak pernah mengalaminya tetapi berusaha untuk mencuba merasai apa yang dikatakan cinta..

Persoalannya..adakah ia benar-benar mencari atau menemui erti sebenar cinta..??

Kita sering kali mendengar berbagai-bagai istilah cinta.. cinta monyet, cinta buta, cinta gila, cinta sejati, dan bermacam-macam istilah yang kita sendiri tidak memahami ertinya.. jadi, apakah sebenarnya cinta..??

Istilah2 cinta ini sebenar, pada pandangan saya tidak pernah wujud, tetapi diwujudkan oleh sesetengah pencinta2 yang secara normalnya telah gagal untuk memahami cinta yang sebenar..
Cinta adalah satu anugerah yang Maha Mencinta berikan kepada hamba2-Nya dan ia merupakan cahaya dalam sanubari setiap insan..

Melalui cinta ini kita mengenal Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W. dan melaluinya juga kita mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa, keluarga dan akhirnya kepada sesama insan..

Firman Allah S.W.T.. "من لا يرحم النس سلا يرحم الله" yang bermaksud.. Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, dia tidak disayangi Allah..

Namun, kita sering lupa hakikat ini dan meletakkan cinta kepada sesama insan mendahului yang lain menyebabkan kita gagal untuk menemui erti cinta sebenar..
Mengapa hal sedemikian berlaku sedangkan kita sedia maklum bahawasanya batas pencintaan kepada sesama insan tidak boleh melebihi cinta kita kepada Allah dan juga Rasulullah S.A.W...

Hakikat inilah yang menjerumuskan kita ke landasan yang tidak betul dan terpesong seterusnya menghalang kita daripada terus menemui cinta sebenar atau cinta sejati...