ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAH WA BARAKATUH...

Tuesday, September 21, 2010

Mencari Damai Sanubari

Angin sepoi menyapa indah,
Menghilang resah nan duka,
Berirama deruan ombak,
Menggelam sukma...

Hati bersyair syahdu,
Fikiran hitam putih melambai pergi,
Memberi fantasi khayal senyuman..

Damai tenang menyapu pipi nan lembut,
Membangkitkan alunan karya seni,
Dengan seribu bahasa indah nan tinggi..

Ombak berlagu makin rancak,
Menceritakan kehidupan yang berlalu pantas,
Dengan menghakis debuan dan butiran pasir halus..

Batuan menyambut pukulan dengan kukuh bertahan,
Agar hidup bererti tabah,
Dalam mencari damai sanubari...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan..
Diucapkan kepada semua umat islam, muslimin dan muslimat..

Semoga Ramadhan pada kali ini lebih bermakna pada kita semua dan kepada diri saya sendiri khususnya.. Dengan harapan ramadhan kali ini dapat kita semua mempertingkatkan mutu ibadah dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T yang bermaksud.. " Wahai orang-orang yang beriman..telah difardhuan keatas diri kamu akan puasa, sepertimana difardhukan keatas kaum-kaum sebelum daripada kamu mudah-mudahan kamu bertakwa kepada-Nya.."

Melalui firman ini..dapatlah kita sama-sama bertakwa kepada Allah, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh barakah dan pengampunan dari Allah yang Maha Pengampun..Insya'Allah..

Wednesday, August 4, 2010

Haruskah...??

Haruskah aku terus menempuhi dugaan ini,
Walaupun bagiku ia amat memedihkan...
Haruskah aku tinggalkan ujian ini,
walaupun aku tahu mungkin terdapat hikmah yang tersirat...

Perlukah aku mendustakan kata-kataku, atas nama kebaikkan..??
Perlukah aku menipu dan terus membodohi diriku sendiri..??

Soalan2 ini terus membelungi fikiranku, menjadikan aku terus alpa pada hakikat yang sebenar..
Mungkin aku mempunyai jawapannya, namum dek dibayangi kekesalan, ia pergi meninggalkan aku dalam terpinga-pinga...

Adakah benar tindakkan ku untuk terus menyimpan hakikat sebenar hasrat hatiku..?
Jika benar, mengapa tiada kegembiraan yang dirasai..??
Fikiran ku buntu mengatur dan memikirkan jawapan yang sesuai untukku lafazkan..
Agar tidakku menyesal di kemudian hari..

Namum, aku dapat rasakan panorama yang terjadi dalam kekalutan dugaan ini..
Menjadikan aku lebih mengenali diriku..
Mengajar aku untuk lebih bersikap jujur dan setia dalam perhubungan..
Walaupun kini...
Aku bahgia dalam kedukaan..
Aku senyum dalam tangisan..
Kerna, inilah hakikat yang harus aku ukir...

Tuesday, July 27, 2010

Hati Yang Ranjau...


Hati itu ibarat berlian yang bergemerlapan,
dan setiap ukhwah yang terjalin adalah penguat sinar...

Ukhwah ini adalah anugerah yang di kurniakan Maha Pengasih kepada hamba-Nya dalam meniti jalinan persahabatan yang penuh onak liku yang mungkin bakal menghakis sedikit demi sedikit keimanan kita semata mengharapkan redha ALLAH...
ukwah yang dibina ini bakal membuat kita saling mengasihi, menyayangi, tertawa,menangis, memberi dan menerima..

Namum, apa yang paling utama ia juga membuat kita menghargai erti hidup sebenar yang menonjolkan peribadi sebenar dalam situasi berbeza...

Jadilah seperti embun yang tunduk menitiskan kasih sayang,
setia menyirami kalbu kegersangan dengan mutiara kesabaran,
dan kaca kebenaran...

Semoga ukhwah yang dibina dengan lafaz ' BISMILLAH ' hanya akan diakhiri dengan lafaz ' INNALILLAH '...

YA ALLAH!!
Rahmatilah kami dalam meniti usia dan ukhwah ini, jika Kau pisahkan kami di fana, pertemukan kami kembali di FIRDAUSI-MU.... Ameen Ya Rabbal Alameen...

Tuesday, July 20, 2010

DUHAI SAHABAT
DENGARLAH BICARA HATIKU INI
MESKI PUN JARAK MEMISAHKAN KITA
NAMUM TIADA NOKTAH KASIH...

BIARLAH WAKTU MENENTUKAN NILAI UKHWAH YANG TERJALIN
TERUSKANNLAH PERJUANGAN HINGGA AKHIR HAYATMU...

TIKAKU BUNTU DISELUBUNGI SENDU
KAU TIUPKAN SEMANGAT KETABAHAN DAN MEMBERI NASIHAT TERBAIK
UNTUKKU UKIRKAN SENYUMAN...

SAHABAT..
SESUNGGUHYNYA DIRIMU TEMANKU KETIKA SUKA DAN DUKA
SESUNGGUHNYA SAHABATMU INI SENTIASA MENANTIKAN
KEHADIRANMU KEMBALI...

Monday, June 21, 2010

DUNIA BARU...

KITA MERANCANG, NAMUM ALLAH YANG MENENTUKAN,
UNGKAPAN INI SENTIASA KITA DENGAR DAN PEGANGI,
DALAM MENGHADAPI RINTANGAN DAN ONAK LIKU DUNIAWI, KITA PASRAH DAN REDHA AKAN KETENTUAN PENCIPTA ALAM YANG MAHA BESAR...

NAMUM, SEHARI KE SEHARI HARUSLAH DILALUI,
SUKA ATAU TIDAK HARUSLAH DIJALANI,
BENCI ATAU CINTA, TETAP HARUS DI HADAPI,
KERNA KITA HAMBA-NYA, DAN DIA LAH JUA YANG LEBIH MENGETAHUI AKAN KEJADIAN CIPTAAN-NYA...


MELALUI KONSEP TAARUF KITA AKAN DAPAT MENGHAYATI TAKDIR TENTUAN ALLAH,
MELALUINYA JUGA MEMBUATKAN KITA LEBIH BERSEDIA,
MENJADIKAN KITA LEBIH BERDAYA SAING DALAM BERMACAM SITUASI,
YANG BAKAL KITA HADAPI MASA HADAPAN...

DISAMPING ITU, KITA JUGA HARUSLAH BERSEDIA DARI SEGI KEROHANIAN DAN JASMANI,
KERNA, KITA TIDAK DAPAT TENTUKAN RANCANGAN KITA,
KEIMANAN JUGA ADALAH KEUTAMAAN YANG HARUS DIKUATKAN,
DALAM MENGHARUNGI ALAM DUNIA BARU DUNIAWI...

Saturday, May 15, 2010

Sahabat...

Sahabat yang soleh..
Ialah disisimu pada setiap keadaan..
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan dan kesedihan..
Yang sanggup berkongsi kesenangan dan penderitaan..
Yang mendampingimu pada saat merealisasikan sebuah pengorbanan...

Sahabat yang soleh..
Malunya mengatasi perawan..
Beraninya mengatasi pahlawan..
Cintanya bukan pada gambaran..
Rindunya bukan pada pertemuan..

Tetapi..
Hatinya sarat dengan iman..
Rantingnya penuh gengan keikhlasan..
Dan puncak keredhaan jadi tumpuannya...

Friday, May 14, 2010

Wajah Suci...

Dingin malam hatiku resah..
Tiada gundah yang membelai..
Hati sunyi terasa salah..
Bilakah ia akan usai..?

Menatap wajah indah sepi nan sayu..
Tiada rasa benak di jiwa..
Melanda hari kian hari..
Sedih pilu terkenang dikau wajah yang suci...

Apalah dosanya wahai ummat..?
Apalah salahnya wahai kasih..?
Namun tiada siapa sudi membelai..
Apakah ini suratan hiba terakhirnya..?

Tubuhmu lesu nan longlai..
Terkujur baring di persimpangan..
Hanya peluh dingin dan haba..
Menemanimu sepangjang hayat..
Hinggakan dirimu tiada lagi berdaya..

Salah siapa..?
Salah ayahkah, salah ibukah..?
Namun tak terjawab ungkapan..

Serakah di sepak..
Serakah di buang..
Namun.. Tiada siapa yang datang menuntut..
Tubuh kerdil tenang pergi menghadap yang Maha Esa...

Monday, March 29, 2010

KoMpiUUssS..!!!

Ermm.. pening tol pk sal nk pilih tmpt nk lnjutkan pelajaran nie...
selesai plih tmpt, pening lak nk plih kos pe yang senang t'pilih.. mslh2, skrg.., otak nie dk pk smede nk plih U tmptan or nk p timur tngh...i mean Mesir, Jordan or Maghribi( Morocco ).

Ntahla, ble pk lme2, asenye bek p timur tgh, ilmu pn tggi b'bnding U tmptan..dri segi pnguasaan bhsa pn 'p0wer' gk..hehe. Tapi, ble pk pd pkerjaan, pluang dpt pkrjaan lbih mluas jika kita dr lpsan U tmptan.. Aiii..!! pening2x..

Ape2 pn, keep it up n dont so rolling our head jz b'coz want 2 think bout this..
solat istiqarah bnyk2..insya'Allah.. rhmat & rezeki Allah b'sme kita..Amin..

Monday, March 22, 2010

Alhamdulillah...=)

Alhamdulillah.. Ku panjatkan kesyukuran padaMu Tuhan, limpahan kurniaan-Mu mengizinkan lulus dalam peperiksaan STAM 09..Amin..!!

Namun, haruskah aku berbangga dengan pencapaian ini..?? Adakah aku berjaya kerna usaha ku ataupun aku hanya bernasib baik..?? Apa2 pn aku hanya mampu berserah padaMu..

Sekarang, aku masih lagi terpinga2 untuk memilih institusi pengajian tinggi.. benakku pusing memikirkan institusi mana untukku meneruskan pembelajaranku diperingkat yang lebih tinggi..

Moga petunjuk-Mu menerangi aku dalam memilih pilihan yang tepat..
Amin..!!

Tuesday, March 9, 2010

Mencari Erti Sebenar Cinta...


Mungkin tajuk ini 'simple' bagi sesetengah orang, kerana mereka telah mengalaminya atau mungkin sedang mengalami atau juga mungkin mereka tidak pernah mengalaminya tetapi berusaha untuk mencuba merasai apa yang dikatakan cinta..

Persoalannya..adakah ia benar-benar mencari atau menemui erti sebenar cinta..??

Kita sering kali mendengar berbagai-bagai istilah cinta.. cinta monyet, cinta buta, cinta gila, cinta sejati, dan bermacam-macam istilah yang kita sendiri tidak memahami ertinya.. jadi, apakah sebenarnya cinta..??

Istilah2 cinta ini sebenar, pada pandangan saya tidak pernah wujud, tetapi diwujudkan oleh sesetengah pencinta2 yang secara normalnya telah gagal untuk memahami cinta yang sebenar..
Cinta adalah satu anugerah yang Maha Mencinta berikan kepada hamba2-Nya dan ia merupakan cahaya dalam sanubari setiap insan..

Melalui cinta ini kita mengenal Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W. dan melaluinya juga kita mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa, keluarga dan akhirnya kepada sesama insan..

Firman Allah S.W.T.. "من لا يرحم النس سلا يرحم الله" yang bermaksud.. Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, dia tidak disayangi Allah..

Namun, kita sering lupa hakikat ini dan meletakkan cinta kepada sesama insan mendahului yang lain menyebabkan kita gagal untuk menemui erti cinta sebenar..
Mengapa hal sedemikian berlaku sedangkan kita sedia maklum bahawasanya batas pencintaan kepada sesama insan tidak boleh melebihi cinta kita kepada Allah dan juga Rasulullah S.A.W...

Hakikat inilah yang menjerumuskan kita ke landasan yang tidak betul dan terpesong seterusnya menghalang kita daripada terus menemui cinta sebenar atau cinta sejati...

Tuesday, February 23, 2010

MAAF...

Arghhhh....... pening..!!
Banyak sangat 'prob' y wujud 2, 3 menjak nie...

Ermm...dugaan, dugaan.....
Hari-hari duk pikir sal kewangan, sal diri sendiri, sal niaga...sal 'frens' pn duk pikir...

Lau sal material, self or bisness leh ar tolak tepi dlu..tp lau sal kwn2, kne setle cepat2 r.. ehm.. ntah la, bkn senag nk puaskan ati kwn2, lbih2 ag pd kwn rapat...
sory ar beb.. bkn nk mengata kt sape2 pn.. nie jz lauhan ati sorg kwn..hehehe..

1st... ak nk mntak maaf pd kwn2 ak cz jrg2 contact korg..lau ak kte bzy pn, cm x logik lak alasan 2 an...
xkan la bzy smpai xleh nk luangkan 2 or 3 mnit ngn kwn2..lau xnk call, mesej pn dh ok...tp ak xtaw ar npe ngn ak.. kdg2 ak ase lau stkt nk mesej gtu2 jew, bek xyah.. agpn bnyk ag kije len y leh wat drpd dk mesej an...

Sory again... mgkin kasar ckit bunyi ayat ak td..tp terus terang ak btau...wat mse skg ak bzy ckit ngn komitmen2 ak.. so, lau de mesej @ pggln korg y ak xbls..sory bnyk2 yea...
harap memahami...

Saturday, January 16, 2010

Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang Muslim yang sebenar?? Ini memerlukan satu penelitian yang cermat dan butir-butir yang terang.

Sekarang mari kita tumpukan pemikiran kita untuk memahami apakah erti perkataan ‘Muslim’ itu. Adakah manusia menjadi Islam kerana ia dilahirkan dalam Islam?? Adakah Muslim itu nama bagi sesuatu bangsa??

Adakah seseorang itu menjadi Muslim dengan sebab ia adalah anak atau cucu bagi seorang Muslim?? Adakah seseorang itu diperanakkan sebagai Muslim sebagaimana seorang anak Brahmin diperanakkan sebagai Brahmin?? Adakah Muslim ini nama sesuatu kasta atau kelas seperti yang terdapat pada orang-orang Hindu?? Adakah kita Muslim sebab kita dilahirkan di dalam masyarakat yang dipanggil masyarakat Muslim?? Apakah jawapan kita??!!

Jawapan kita sudah tentu tidak..!! Orang yang sedemikian bukanlah Muslim yang sebenarnya. Seseorang itu Muslim sebab ia menerima Islam. Kalau ia menolak Islam, ia bukan lagi Muslim. Samada seseorang itu orang Brahmin, atau Inggeris, atau Negro atau Cina, atau apa-apa bangsa sekali pun, ia akan diterima masuk ke dalam kumpulan masyarakat Islam bila ia menerima dan mengakui akan Islam, akan tetapi, seseorang itu akan disingkirkan daripada masyarakat Islam apabila ia menolak dan menidakkan Islam walaupun ia adalah anak seorang Sayyid..!!

Sekarang fahamlah kita bahawa nikmat serta kurnia terbesar Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kepada kita ialah nikmat Islam. Ia bukanlah sampai kepada kita atas sebab keturunan atau bangsa. Ia bukanlah suatu benda yang secara sepontan sahaja berada pada kita samada kita ambil peduli atau tidak. Islam adalah suatu nikmat yang kita perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Jika kita berusaha bertungkus-lumus untuk mendapatkannya, kita akan layak menerimanya, akan tetapi, jika kita tidak mempedulikannya, maka nikmat yang paling berharga ini akan ditarik balik daripada kita.. Na’uzubilla himinzalik-Semoga Allah menjauhkan hal demikian daripada kita...

Wednesday, January 13, 2010

MaSaLaH...MaSaLaH...MaSaLaH.....

Pening kepala aku duk mikir...
bila de masalah jer, cari aku..bile de maslah jew, cari aku...
ingat aku nie per..
pakar kaunseling ker...??
pakar nyusahkan org der r....huhuuu...

Ntah per r aku bebel an...?hehee..
benarnye cnni... 2, 3 ari lps de r kwn aku nie jmpe ak, ktenye de PROBLEM...
aku tnye r sal per..??
mak oiii..!! LUV PROBLEM...!!
hahahahaaa....

dia tnye aku, cnne ek nk hlgkan rse bmbg n nk tmbhkan rse syg pd prtnernye ..??
hah!! korg leh tlg ak x..??
ak xpndai bab luving2 nie...xde pngalaman ktekan..huhuu..

Tapi, sbgai kwn aku btau r dia, per yg ptut ye wat...
1st... Dont think -ve , but be +ve..
(ntah pe la aku btau ye)
2nd... Let her feel more freedom, erti kte len, jgn ssekali konkong ye..
lau ye nk kwn ngn spew2 pn, biarkan tp......
pstikan kte pn knl ngn stiap kwn2 dia..
3rd... dlm pe2 relation pn, kejujuran n kesetian adlah yg plg utama.. so, terapkan sifat 2 dlm hubungan...

aku btau 2 jer, cz aku pn xtaw an bab2 cintan cintun nie..
so, lau korg yg lbih m'dalami n pakar dlm bab2 nie, leh r tlg kwn ak nie...
ok???

Sunday, January 10, 2010

Nostalgia....

Sering kali aku merenung ke langit, memikirkan p'jalanan hidupku yg kini aku rasakan semakin menghindariMu...
Aku sering lupa akan tanggungjawabku t'hadapMu..
Aku acap kali melanggari arahanMu..

Aku leka, aku lalai.. aku b'dosa...

Masa kini membuntuhkan aku..
Duniawi yg aku idam..
Akhirat yg bakalku capai, seakan semakin longlai dari tanganku...

Ya Allah...!!
Berat ujianMu yg Kau sandarkan..
Namum penuh ngn hikmah rahmatMu...

Lamunan ku dikejutkan..
Tanpa aku sedari air jernih m'basahi pipiku..
Lantas membuatkan aku hiba, resah......
Mungkin inilah jalan yg ingin Kau tunjukkan pdku...

لا اله الا الله محمد رسول الله

Ucapan agung keluar dari bibirku...

" Subhanallah..."
Aku merasa damai, tenang dan gembira...
Nostalgia yg m'belenggu minda kini t'ungkai dengan kalimah syahdu..
Tanpa sedari, memori inilah bakal memajukan kita....

Ilusi Memories...

Kedinginan pagi ini, mengelam kabutkan hatiku...
Mengusamkan jiwaku, mengusutkan mindaku...!!

Arh!! Apa yang t'jadi pd diriku ini..?!
Apa mungkin keghairahan antara aku ngan dirimu...?
Uhh!! Answer yang bel0m pasti...

Leka aku dlm pelajaran..
Lena aku dlm dakapan lamunan..
Lesu aku dlm buaian mimpi..
T'igt akn dirimu...

Hari ini aku kurang enak merasakan sesuatu yg aneh..
Diriku dibelenggu dgn keresahan yg memanjang...

Pagi yg suram ini, ditemani hujan yg renyai..
Kesejukkan menyapa tubuhku..
Tidak t'kata bagai menusuk sum-sum ku..
Kekusutan semakin b'tambah, t'kenangkan memek wajahmu..
M'buatkan diriku serba tak kena..!!

Argh!!! Kenapa ini t'jadi??
Aku hanya mampu b'doa..
Aku hanya mampu b'serah..
Aku hanya mampu pasrah..
Bagi meleraikan lapuk lubuk yg kusut dari benakku...

Adkah ini ujian yg akan aku tempuhi??
Jalani segala rintangan hari ke hari..
Menuntut kembali dalam sanubariku...!!

Teman......
Maafkan aku sekiranya selama p'sahabatan ini penuh onak durinya..
Keperitan yg engkau lalui b'samaku, biarkan ia m'jadi ikon buat tatapan harian..
Janganlah engkau pernah tangisi dengan embun suci dgn t'lerainya hubungan tulus ini...

Maafkan aku..!!
Diatas kesilapanku..
Ketahuilah dirimu tetapku nanti... Dipintu mahligai yg abadi...!


Friday, January 8, 2010

MEKAR SYAHDU DI KALBU KU...

Mentari terpancar menyelubungi tugu memoriku..
Lepas hiba kenangan lalu..
Jiwa luhur tiada lesu..
Hampir terlena di benak pintu..

Termenung sendirian di jendela kamarku..
Termenung teringat akan dirimu..
Tanpa aku sedari embun kelam menyiram pipiku..
Tanpa jemu aku menunggu akan dirimu...

Sahabatku...
Tiada terkira masa pergi begitu suntuk..
Ku idamkan masa lapuk..
Aku hanya insan terpedaya tunduk..
Tunduk akan kemahuan tersorok..

Sahabatku..
Engkau umpama mutiara yang memancar kilauan terseri..
Dikala susah, dikala senang..
Akanku sanjung pengorbananmu..
Agar senantiasa mekar syahdu di hatiku...

SAHABAT....

Suram menyelubungi kala malam..
Sinar indah kelam terasa..
Tiada sundah rasa gelora..
Dingin hangat memupuk hambar...

Sahabat....
Luka lama bertandang kembali..
Mengimbau memori indah berlalu..
Bersama pupuk semangat keluhuran..
Kesedihan menyentuh dasar dijiwa...

Embun suci membasahi pipi..
Lepas rindu menghilau duka..
Lepas kasih menjejak mimpi..
Lepas sayang melangkah impian..
Lepas cinta melambai kedamaian...

Kala kelam melabuhkan lapuknya..
Tiada rasa ke dasar hempedu..
Lepas duka tiada gantinya..
Lubuk kasih menimpa lesunya...

Tulus cinta limpahan sua..
Tulus kasih limpahan rasa..
Tulus sayang limpahan kata..
Tulus rindu limpahan tiada duganya...